Perkembangan terkini Ustaz Kazim Elias

“Saya mewakili YBhg Dato dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan Dato.

“Terima kasih juga kepada pihak media yg sentiasa mengambil maklum perkembangan Dato. Dato telah dimasukkan ke dalam wad di sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengadu sakiit perut, pinggang dan bahagian belakang badannya.

“Sebelum ini, beliau menghadapi mas4lah tidak boleh tidur lebih daripada 2 bulan.Dan sejak 2 minggu ini kesihatan beliau semakin tidak stabil sehinggalah dikejarkan ke wad kecemasan pada Ahad lepas.

“Beliau telah menjalani imbasan MRI dan ultrasound sebaik sahaja dimasukkan ke hospital. Setakat ini tiada lagi laporan daripada pihak doktor tentang apa sebenarnya masa4lah kesihatan yang dihadapi oleh Dato’.

“Saya dengan rendah diri memohon kepada semua agar dapat mendoakan kesihatan yang baik diberikan kepada beliau,” kongsi Jasmin Mastan, Pegawai Khas kepada Ustaz Kazim mengenai kesihatan penceramah itu.

Sebelum ini NSTP melaporkan, Mohd Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berada dalam keadaan kurang sihat.

Beliau dibawa ke unit kecemasan sebuah hospital swasta di sini 2.30 petang Ahad lalu untuk membuat pemeriksaan kesihatan selepas mengalami saakit belikat dan pinggang serta kembung perut sejak dua minggu lalu.

Doa kita, mogacepat sembuh dan kembali berceramah seperti biasa. Amin!

Sumber: myartis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*