Bahang Penentuan AJL 34 Makin Terasa, 5 Lagu Ini Bakal Beri Saingan Sengit AJL34

Bahang Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) semakin terasa apabila satu karya bakal diangkat dan dinobatkan sebagai Juara Lagu pada esok malam. Bertemakan ‘Warna-Warna Suara’ anugerah berprestij ini bakal bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Menampilkan gandingan hebat Sherry Al Hadad, Awal Ashaari dan Haziq Hussni sebagai pengacara, pasti korang tidak sabar menyaksikan anugerah tersebut.

Kami daripada team OhBulan! ingin berkongsi persediaan akhir beberapa orang finalis buat tatapan korang semua. Agak-agak kejutan dan kelainan apakah yang bakal finalis lakukan?

Petikan gitar dari saya

Menerusi Instagram Haqeim Rusli, penyanyi lagu Lembah Kesepian ini seakan memberi bayangan bahawa dia akan bermain gitar bersama Leo sewaktu malam kemuncak AJL34 nanti. Adakah video yang dikongsikan Haqiem itu merupakan konsep persembahannya untuk esok? Nantikan!

Ku Bersuara 1st draft!

Selain daripada Aina Abdul, Ernie Zakri juga merupakan salah satu finalis wanita yang akan bertanding pada malam kemuncak AJL34 kali ini. Mempertaruhkan lagu Ku Bersuara ciptaan Syamel dan komposernya Mr Omar, John dan Ikhwan, Ernie berkongsi detik menerima lagu tersebut. Menurut Ernie, sewaktu Syamel memberi draft yang pertama, bunyi lagu tersebut seakan mempunyai bunyi yang berlainan. Namun, hasil kerjasama dengan 3 orang komposer, dia tidak sangka lagu tersebut berjaya dihasilkan malah bakal mewarnai pentas kemuncak AJL.

Sumpah feat Nama?

Buat pertama kali menjejakkan kaki ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu, penyanyi Naim Daniel sebelum ini pernah memberitahu pasti ada kelainan yang bakal ditunjukkan olehnya ketika membawa lagu Sumpah itu nanti. Tambahnya, pentas AJL merupakan pentas yang berskala besar dan dia bakal melakukan yang terbaik. Naim turut memuat naik video kumpulan Nama menyanyikan lagu Sumpah di Instagramnya. Adakah itu petanda Naim akan bergandingan dengan kumpulan tersebut?

Terima kasih Tok Ti!

Sejak separuh akhir muzik-muzik lagi, netizen ternanti-nanti siapakah yang bakal menggantikan Dato Seri Siti Nurhaliza membawakan lagu Anta Permana ciptaan Heal Husaini dan Ezra Kong itu. Ternyata, penyanyi Bob Yusof merupakan insan yang dipilih untuk menggalas tanggungjawab membawa lagu berkenaan. Kelunakan suara dan vokal yang mantap membuatkan Bob berjaya membawa lagu tersebut ke pentas akhir AJL34. Ucapan dan sokongan turut diberikan oleh Tok Ti buat Bob sempena persiapan terakhir sebelum melakukan persembahan esok.

Bangun dan Drama

Menerusi Instagram Aman RA dan Aepul Roza pula, kedua-dua penyanyi ini memuat naik foto mereka ketika berada di Axiata Arena, Bukit Jalil sempena sesi raptai. Aman Ra atau nama sebenarnya Aman Bin Jamaluddin akan mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri iaitu Bangun. Manakala, Aepul dan ahli kumpulannya iaitu Drama Band akan mempertaruhkan lagu Drama.

5 Lagu Ini Bakal Beri Saingan Sengit AJL34

Bertemakan ‘Warna-Warna Suara’, AJL kali ini disifatkan ramai sebagai yang paling ‘epic’ apatah lagi bakal menampilkan persembahan khas dari pemenang-pemenang kategori Vokal Terbaik dalam beberapa edişi AJL sebelum ini. Malah AJL34 juga bakal diserikan lagi dengan kemunculan tiga hos yang terdiri daripada Sherry Al-Hadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari.

5 Lagu Bakal Beri Saingan Sengit AJL34

Mengenai penyanyi manakah yang mungkin diangkat sebagai Juara AJL34, beberapa nama besar disebut-sebut peminat sebagai ramalan pemenang. Apa pun, segalanya boleh terjadi sama seperti penganjurannya sebelum ini yang penuh dengan kejutan. Berikut, kami tampilkan 5 lagu dan penyanyi yang diramal mempunyai potensi sebagai juara dan tidak kurang juga menyandang sebagai vokal terbaik.

5 Ku Bersuara – Ernie Zakri

Sebelum ini percaturan Ernie Zakri menerusi lagu duet bersama Syamel berjudul Aku Cinta ternyata berjaya apabila berjaya merangkul anugerah vokal terbaik dalam AJL32. Biarpun begitu, ramai yang kecewa apabila lagu hits Ernie berjudul Misteri tidak berjaya tersenarai dalam AJL33.

Namun, dalam AJL34 Ernie kembali ‘bersuara’ menerusi lagu Ku Bersuara ciptaanSyamel bersama Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham. Ramai yang menjangkakan Ernie bakal ‘membalas dendam’ menerusi paduan suaranya. Bukan sahaja diramal sebagai vokal terbaik malah kedudukan tiga teratas juga berpotensi besar buat Ernie.

4 Sumpah – Naim Daniel

Jika dilihat pada edisi kali ini, setiap lagu punyai aura dan kisahnya tersendiri. Malah barangkali AJL34 mencipta sejarah apabila menyaksikan dua buah lagu dengan judul yang sama, Sumpah berjaya ke AJL. ‘Sumpahan’ pertama yang dilakukan oleh Naim Daniel juga merupakan satu pencapaian terbaik dan baharu buat selebriti verstail ini.

Manakan tidak, jika dahulu Naim lebih dikenali sebagai pelakon kini dia berjaya mengangkat namanya sebaris dengan penyanyi-penyanyi popular. Bukan sahaja sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di kebanyakan stesen radio, malah Sumpah dari Naim juga berpotensi untuk memenangi AJL34. Perlu diingatkan, AJL bukanlah mengukur populariti namun ianya dinilai berdasarkan lirik-lirik karya setiap komposer serta vokal dari penyanyi-penyanyi.

3 Sumpah – Aina Abdul

‘Sumpahan’ kedua telah dilakukan oleh penyanyi Aina Abdul sejak dari awal lagu Sumpah diperdengarkan sehingga turut mencipta #RoadToAJL34. Siapa sangka tuah berpihak kepadanya dan impian Aina menjadi kenyataan!

Masih segar diingatan kami sewaktu lagu Sumpah diumumkan sebagai 12 lagu yang terakhir berjaya mara ke AJL34, rata-rata peminat dan tidak kurang juga para media berdiri memberi sokongan terhadapnya. Malah menurut ketua juri, Azmeer terdapat beberapa penyanyi yang pertama kali bertanding membuat persembahan jauh lebih baik daripada mereka yang pernah bertanding. Beberapa nama telah disebut oleh peminat termasuklah Aina yang turut dikatakan bakal memberi saingan dalam kategori vokal.

2 Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip

Ini bukanlah kali pertama penyanyi Hafiz Suip bertanding di dalam pentas besar AJL. Malah hampir setiap penyertaannya membuahkan hasil sekurang-kurangnya memenangi satu anugerah.

Di dalam AJL34, Hafiz bakal memberi saingan kepada 11 lagi penyanyi menerusi lagu Kisah Cinta hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali dan liriknya pula ditulis oleh Datuk A. Aida. Juga disebut-sebut akan sebagai pencabar terdekat buat Aina Abdul dan Ernie Zakri bagi kategori vokal terbaik, adakah Hafiz bakal mencipta sejarah buat kali ketiga menjuarai AJL? Sama-sama kita nantikan!

1 Rampas – Akim & The Majistret

AJL34 merupakan tahun kebangkitan ‘band’! Edisi kali ini menyaksikan kumpulan Masdo, Hazama & The Penglipurlara, Drama Band dan Akim & The Majistret turut memberi saingan. Nama Akim disebut-sebut sebagai penyandang ‘Juara Lagu’ memandangkan lagu ini cukup popular dan punyai maksud yang tersirat.

Sebagai info, lagu ini merupakan hasil ciptaan isteri Akim yang juga penyanyi popular, Stacy menggunakan nama pena Bunga Cantik. Dikhabarkan lagu ini ditulis oleh Stacy setelah melihat kesedihan yang dialami oleh suaminya setelah pemergian ibu tercinta.

Buat korang yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, korang boleh menonton AJL34 melalui strim langsung HD di laman Tonton. Jangan lupa gunakan tanda pagar #AJL34 di laman media sosial untuk hangatkan perbualan di alam maya.

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*