Polis menahan dua individu yang dipercayai “dalang” di sebalik kekecohan ketika program yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Johor malam tadi.
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata usaha sedang dijalankan untuk mencari individu lain yang terlibat.
Syed Saddiq dan keluarganya menghadiri satu majlis perjumpaan di sebuah restoran di Ulu Tiram, Johor malam tadi, bersama-sama ahli dari sayap Pemuda, wanita dan bahagian Bersatu serta ahli keluarga mereka.

Beliau berkata, sekumpulan kira-kira 200 orang kemudian menyerbu majlis itu dan mengepung beliau sebelum mengeluarkan kata-kata kesat.
Iklan
Dalam rakaman video yang tular di media sosial, kumpulan itu boleh didengar menjerit agar anggota parlimen Muar itu meninggalkan Johor.
Abdul Hamid berkata, pihak polis memandang serius insiden berkenaan dan sedang menyiasat kes itu di bawah Kanun Keseksaan.
“Saya menyeru semua pihak agar sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak bertindak dalam apa jua cara yang boleh menimbulkan provokasi sehingga tercetusnya ketidaktenteraman awam.
“Orang ramai juga diseru untuk tidak mempolitikkan insiden ini dan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak berasas melalui mana-mana platform komunikasi atau media sosial bagi mengelakkan tercetusnya ketidaktenteraman awam di dalam negara,” katanya.
Apa punya gangster melayu ni? @SyedSaddiq buat program untuk dia dan org2 dia. Kau tetamu yg tak diundang, dtg buat kacau. jerit2 tutup muka halau suruh org punya program balik? Boleh la stop perangai2 mcm kerajaan dulu ni. Stupid. pic.twitter.com/ur43VtZvxM
— Muhammad HafizRayyan (@HafizRayyan) February 1, 2020
Sumber : Malaysia KINI
Leave a Reply