Zain Saidin masuk hospital lagi

Pelakon Zain Saidin dimasukkan ke pusat perubatan ibu negara selepas mengadu sakit bahagian belakang pada Selasa lalu.

Sebelum ini, Zain pernah dimasukkan ke hospital akibat jngkitan pundi kencing.

Dan yang terkini suami kepada Rozita Che Wan itu dimasukkan ke pusat perubatan yang sama akibat sakit bahagian belakang yang dipanggil ‘thinning disc’.

“Sangka saya sakit sebelum ini akibat jangkitan pundi kencing yang memberi kesan di bahagian belakang badan. Tekaan saya meleset. Selepas pulih pada bahagian pundi kencing, saya mula terasa sakit pada bahagian belakang.

“Bagaimanapun, doktor memberitahu ia bukanlah penyakit kr0nik dan masih pada peringkat awal. Saya rasa ia juga mungkin kesan mengangkat berat ketika melakukan senaman di gimnasium.

“Sakit akan terasa ketika tengah rukuk waktu bersolat. Begitu juga jika saya kerap bangun dan duduk. Doktor beritahu ia sesuatu yang normal dan belum sampai ke tahap ‘slip disc’,” katanya.

Zain berkata, dia juga kena menjaga pemakanan, apatah lagi tidak boleh makanan yang mengandungi kolestrol tinggi.

“Saya tak boleh makan makanan tinggi kolestrol seperti kandungan pelbagai minyak, cheese dan mentega.

“Saya kena menjaga pemakanan sebab bacaan kolestrol saya tinggi. Bimbang pula jika tidak dijaga boleh menyerang jantung.

“Saya kena pilih makanan yang rendah kolestrol,” katanya.

 

 

 

 

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*