BTS atasi rekod pencapaian 36 tahun Michael Jackson.Hebat!

Menakjubkan! Dikhabarkan BTS baru sahaja melakar sejarah tersendiri di carta album Oricon.

Seperti yang dilaporkan oleh Soompi pada 19 Jun, carta muzik Jepun mengumumkan bahawa BTS telah mendahului penjualan album untuk separuh pertama tahun 2020.

Menurut Oricon, album terbaru BTS “Map of the Soul: 7” berada No. 1 di carta album untuk separuh pertama tahun ini apabila telah terjual sebanyak 429,000 salinan di Jepun. “Map of the Soul: 7” juga sebelumnya menduduki puncak carta album harian, mingguan dan bulanan Oricon setelah dikeluarkan pada bulan Februari.

Yang lebih manis, kejayaan ini bukan hanya pencapaian peribadi yang luar biasa bagi BTS tapi ia juga melkar sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya dalam 36 tahun artis asing berjaya menduduki tangga teratas acarta album Oricon untuk separuh pertama tahun ini.

Artis terakhir yang mencapai kejayaan luar biasa itu ialah Michael Jackson. Penyanyi legenda itu menduduki tangga teratas pada tahun 1984 dengan hit ikoniknya “Thriller.”

Tahniah kepada BTS untuk pencapaian luar biasa ini!

Sumber:murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*