Lumrah kehidupan sebagai seorang pemain bola sepak profesional kebiasaannya gemar mempamerkan kereta-kereta mewah, percutian di luar negara atau menghadiri majlis-majlis kenamaan yang dimuat naik di media s0sial.
Namun berbeza buat tonggak pertahanan Kedah, Azmeer Yusof apabila dia memberi peluang kepada 10 orang lelaki berusia bawah 40 tahun untuk belajar Al-Quran secara percuma di rumahnya di Tongkang Yard, Alor Setar.

Namun selepas negara dilanda masalah C0vid19, Rumah Mengaji terpaksa ditutup sementara atas faktor keselamatan.
Bagaimanapun, baru-baru ini Azmeer ada membuat pengumuman bahawa Rumah Mengaji nya akan dibuka semula tetapi tetamu yang datang perlu mengikut SOP Seperti yang disarankan KKM.


Apa yang dilakukan oleh Azmeer ini sememangnya jarang-jarang dibuat oleh pemain profesional mahupun individu biasa. Semoga usaha murni pemain skuad Lang Merah ini mendapat keredhaan Ilahi.
Sumber:HM
Leave a Reply