Nama besar Jakel diasaskan oleh Mohamed Jakel bin Ahmad pada Januari 1983 di Muar, Johor, bermula dari perniagaan kecil-kecilan seperti tikar getah, karpet dan langsir.
Selepas lebih 3dekad, perniagaan itu kini diwarisi oleh anaknya Mohamed Faroz Mohamed Jakel, dan adik beradik beliau yang lain.
Sekarang Jakel telah mempunyai 21 cawangan di seluruh Malaysia.
Bagaimanapun nama besar Jakel tercemar gara-gara isu menghin4 bangsa yang menaikkan kemarahan majoriti pelanggan Jakel yang kebanyakannya berbangsa Melayu dan satu kempen boikot Jakel telah dilancarkan.
Sungguhpun begitu, tidak semua bersetuju dengan kempen tersebut. Contohnya Ustaz Uthman Daud yang menerangkan mengapa kempen Boikot Jakel adalah satu tindakan tidak wajar.

Boik0t Jakel?
“Tular hari ni tentang kes keluarga Dato Feroz menghina bangsa Melayu. Dan ramai melakukan kempen boikot Jakel kerana kesilapan ahli keluarganya itu.
Saya sebenarnya tak ingin nak tulis hal ni, tapi bila membaca mereka yang marah dengan post tersebut, rasa terpanggil juga untuk menulis. Maafkan saya Dato’ Feroz kalau Dato’ baca post saya ni, saya terpaksa dedahkan apa yang Dato’ sembunyikan selama ini demi kebaikan bersama.
Produk kain berkualiti
Jakel terkenal dengan butik baju, kain dan karpet yang berkualiti di tanahair kita. Disebalik kisah jualan yang hebat, sebenarnya kita tak tahu bahawa duit keuntungan yang mereka dapat banyak disalurkan di madrasah-madrasah tempatan dan juga luar negara terutamanya di negara ketiga seperti Bangladesh dan lain-lain. Saya tak kenal Dato’ Feroz secara peribadi, tapi saya kenal seorang maulana yang dilantik oleh Dato’ Feroz untuk meluluskan permohonan bantuan dari mana-mana madrasah agar ia disalurkan pada tempat yang betul.
Penyumbang terbesar Majlis Ulama
Tidak cukup dengan itu, majlis-majlis perhimpunan ulama dan sebagainya, antara penyumbang besar adalah Jakel, tapi mereka tak letakkan nama syarikat mereka sebagai penaja majlis. Hanya orang yang terlibat secara langsung dalam majlis itu sahaja yang tahu tentang ini.
Sedekah setiap kali Jumaat
Pada setiap Jumaat, Dato’ Feroz sedekahkan duit selepas habis solat Jumaat. Kadang-kadang beliau sendiri yang beri dan kadang-kadang melalui staf beliau.
Ini apa yang saya tahu, dan apa yang tak tahu itu entah berapa banyak lagi sumbangan beliau ke atas agama ini melalui harta yang beliau dapat. Yang membuat salah adalah salah seorang daripada keluarga beliau, tapi yang ajibnya perniagaan beliau yang hendak diboikot. Dan adakah kerana satu kesalahan itu terus menghilangkan segala kebaikan lain yang pernah beliau lakukan?
Mari kita semua memaafkan
Bulan Ramadhan sepatutnya bulan sabar. Bulan didik nafsu amarah kita agar menjadi seorang mukmin yang sejati. Jangan biarkan berlaku permusuhan dalam bulan yang mulia ini. Si pelaku sudah pun minta maaf, apalah salahnya kita pun merendahkan hati untuk memaafkan atas ketelanjuran tersebut. Semoga Allah jaga hati kita dan tidak hancurkan pahala ibadah kita seperti pasir yang ditiup angin. Aaminn.. -uthmandaud-
P/s : wallahi saya tak pernah dibayar oleh pihak Jakel untuk share tentang ni. Baik sebelum mahupun sekarang..
Posting Ustaz Uthman Daud ini mendapat 3k perkongsian yang rata-rata mereka setuju dengan pandangan jujur ini
Berikut reaksi beberapa netizan
<



Tidak hanya itu, aktivis s0sial Yusuf Azmi juga sependapat dengan Ustaz Uthman.
Menurut Yusuf Azmi, kita semua sebagai saudara sesama Islam perlu memaafakan apa yang telah berlaku kerana pihak Jakel telah pun memohon maaf. Yusuf Azmi juga berharap rakyat Malaysia akan bersimpati dengan Jakel dan mengesa untuk tidak menghancvrkan usaha pernigaan Umat Islam.
Menurut Yusuf Azmi lagi, setiap manusia melakukan kesilapan dan rata-rata pekerja Jakel kebanyakan terdiri dari bangsa Melayu dan Umat Islam.
“Kita sesama islam..Maafkan apa yang telah berlaku.. Kenyataan Muzaffar dari Pihak Jakel yang telah menyinggung bangsa melayu.. Apa pun Abg beliau atau Selaku Pengarah Datuk Fairus telah memohon maaf.. Saya mengharapkan semua Rakyat Malaysia bersimpati kepada JAKEL.. Janganlah kita menghancvrkan Usaha Perniagaan Umat Islam kita.. Setiap manusia melakukan khilaf.. Jangan biarkan Puak Puak yang tertentu bertepuk tangan dengan penghasilan menjatvhkan perniagaan orang melayu islam.. Marilah kita berfikiran Rasional.. Pekerja kebanyakkan di Perniagaan Jakel adalah bangsa Melayu dan Terdiri dari Umat Islam.. Mari Kita bersama.. Sokong BUY MUSLIM FIRST..”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Trendingsangat
Leave a Reply