Inilah punca usaha Ustaz Ebit Lew dipertikaikan oleh sesetengah pihak

Baru-baru ini nama pendakwah kesayangan ramai,Ustaz Ebit Lew ‘panas’ semula selepas beliau dikatakan memberi bantuan kepada sebuah keluarga di Kedah tanpa memaklumkan kepada pihak-pihak yang berkaitan. Dan kemelut memuncak apabila netizen meny4lahkan pula pihak-pihak tersebut kerana mengabaikan keluarga itu.

Tidak hanya dengan itu, seorang Ustaz juga memuatnaik naik status dengan menyatakan mendedahkan muka orang susah dianggap menyebarkan aib dan ianya haram.

Walaupun Ustaz berkenaan telah membuat kenyataan  bahawa status itu bukan ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew, namun di pihak Netizen.. pernyataan itu seolah-olah seperti “baling batu sembunyi tangan”.

Isu ini menarik perhatian Ketua Pergerakan Puteri Umno, Zahida Zarik Khan yang berpendapat semua pihak tidak perlu berprasangka negat1if dengan meng3cam individu mahu pun persatuan yang cuba menghulurkan bantuan kemanusiaan ketika negara menghadapi wab4k C0vi1d-19.

“Kerja amal yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew amatlah dialu-alukan kerana tidak mungkin satu pihak mampu melakukan semua perkara.

“Malangnya saya terbaca ada juga segelintir pihak kurang senang dengan kebaikan yang dilakukan.

“Apa jua alasan, kita seeloknya tidak ada sifat negat1if hingga ada rasa siapa lebih baik atau siapa lebih layak menghulurkan bantuan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook bertajuk ‘Jangan patahkan semangat Ebit Lew’.

Berikut pula  coretan dari FB Mohd Fadli Salleh

Insan ini dihin4. Insan ini dicemuh. Insan ini disindir. Insan ini dimaki.

Kerana apa?

Kerana beliau membantu orang. Kerana beliau turun padang. Beliau dicercaa. Dituduh semua perbuatannya itu haram. Tuduhan pula oleh seorang yang kononnya ustaz.

Tindak tanduk beliau dikecam. Kereta yang beliau pakai dipertikaikan.

Mereka hendak dia pakai kereta Datsun buruk yang aircond pun tiada, meter pun rosak. Mereka fikir, orang yang turun membantu orang, orang yang berjuang dijalan kebajikan harus papa kedana juga.

Mereka fikir dia tidak boleh nikmati apa-apa kemewahan walau dari titik peluh dan usaha dia sendiri.

Tuduhan dan fitnah dilemparkan. Dikatakan mencari populariti. Dikatakan meraih simpati. Dikatakan menyalah guna sumbangan untuk kepentingan sendiri.

Apa beliau berhenti?

Tidak. Beliau tahu dan benar-benar faham jalan ini penuh ujian.

Beliau tahu sangat ramai orang berharap menjadi seperti beliau, tapi mereka tidak mampu. Maka mereka akan menjadi pendengki.

Beliau tahu, sebaik beliau berhenti mereka akan menang dan beribu orang akan kebuluran.

Beliau tahu, saat beliau melayan semua tohmahan, semua kebajikan yang beliau jalankan akan turut sama terkesan.

Maka beliau senyum dan diam.

Beliau berdakwah dengan tindakan. Turun dan menyantuni.

Beliau berdakwah dengan kata-kata. Saat beliau turun menegur dan menyapa.

Dan beliau memberi inspirasi kepada jutaan manusia diluar sana untuk sama-sama menurut jejak beliau.

Membantu sesiapa tanpa syarat. Menyebar kasih sayang yang sarat.

Diam beliau bukan kerana tidak mampu menjawab. Tapi diam beliau kerana beliau singa seperti syair Imam As Syafie :

“Berkatalah sesuka hatimu untuk menghina kehormatanku. Maka diamku dari orang yang menghina adalah satu jawapan.

Bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan,

tetapi tidak pantas bagi seekor singa melayan kerenah anjing.”

Sahabatku Ustaz Ebit Lew…

Jalan ini tidak mudah. Penuh dengan ranjau dan duri. Penuh dengan caci maki. Penuh dengan orang yang dengki.

Aku tahu kau lebih mengerti. Dan aku juga kini mengerti. Kerana kita sama-sama berada dijalan ini.

Terus kuat sahabat. Kuat seperti biasa. Dan terus saja menjadi singa.

Ikhlas dari,

Mohd Fadli Salleh,

Presiden Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

#MFS

Perkongsian dari Mohd Fadli Salleh ini telah mendapat 23 tanda suka, 1.1k komen dan 3.3k perkongsian

Berikut antara reaksi netiz3n

Izzati Ty Kate2 yg x baik tu dugaan tuk kite jugak….biase la…..zaman fitnah….jd bek la same2 doakan die dn ustaz…..marah pun x gune…..elok2 die je ade penyakit hati….nnt kite pun bjangkit skali…semoga urusan ustaz e.l dipermudahakn….n semoga org2 yg sakit hati dibuka hati2 mereka….

‘Jika tidak mampu menjadi garam janganlah menjadi langau yang boleh merosakkan ikan’. Teruskan berbuat baik dengan cara kita sendiri. Hanya Allah yg maha tahu semuanya… Teruskan berfikiran positive dan abaikan yg negative. Semoga Allah memberkati semua usaha dan pengabdian kita

Dalila Dila Semoga ustaz dberi kesihatan yg baik,kekuatan utk membuat kebajikan…Allah sentiasa bersama ustaz .

Dalam pada itu, Pu Amin juga memberi pendapat yang sama 

Ajar hati untuk sangka baik. Biar sentiasa tenang dan bahagia. Jadikan penglihatan kita seperti mata lebah,mencari madu dan penawar walau ditempat sampah,bukan seperti mata lalat yang suka melihat kotoran walau dimana dia berada.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*