“Hari kedua selepas kerajaaan mengumumkan perlaksanaan PKP, saya sudah menghubungi Seniman menerusi salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) untuk bertanya mengenai bantuan.”
Itu luahan pelakon komedi popular, Ebby Yus, 56, yang mengambil pendekatan merujuk kepada persatuan untuk berkongsi masalah dihadapi apabila pendapatannya terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.
Ebby berkata, dia yang tidak mempunyai pendapatan tetap sudah menghubungi Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk bertanyakan jenis bantuan yang sesuai.
” Bagi saya, lebih baik merujuk terus kepada persatuan untuk bertanya tindakan selanjutnya daripada membuat perkongsian di media s0sial,” katanya.
Mengakui terkesan dengan PKP apabila sembilan projek kerja seninya terpaksa ditunda pada tarikh yang belum pasti, Ebby berkata, dia akur dengan dugaan harus dihadapi kini.
” Kesan daripada penularan wabak Cov1d-19 dihadapi semua orang di negara ini. Saya percaya ramai tertekan kerana tidak dapat keluar bekerja seperti biasa.
” Apatah lagi, artis seperti saya yang bergantung pendapatan kepada kerja seni dan keadaan kesihatan pun kurang baik. Namun, saya luahkan segala permasalahan itu kepada persatuan.
” Biarlah persatuan yang bertindak untuk langkah seterusnya dan saya tunggu saja maklum balas mereka. Bagi saya, kerajaan juga sudah mengatur strategi untuk membantu rakyat yang terkesan,” katanya.
Ebby atau nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid juga memaklumkan yang dia juga sudah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan dan keputusan masih belum diketahui.
” Saya ikut saja apa yang disaran kerajaan. Diharapkan semoga permohanan bantuan kewangan yang saya buat itu berjaya dan diluluskan.
” Kalau boleh saya tidak mahu meminta-minta. Selagi termampu dan kesihatan mengizinkan saya lebih suka bekerja untuk mencari rezeki sendiri.
” Cuma, sejak PKP ini saya sebenarnya lebih bimbangkan kakak di kampung. Kakak saya sudah berumur 60 tahun dan orang kelainan upaya (0KU) yang tinggal bersendirian,” katanya.
Menurut Ebby, setakat ini dia cuma mampu menghubungi kakaknya bagi mematuhi arahan kerajaan.
Ebby yang kini menjadi penyampai radio undangan di Negeri fm sejak Januari lalu juga harus berehat seketika sepanjang tempoh PKP dilaksanakan kerajaan berikutan sebelum ini dia berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Seremban dua kali seminggu.
Ebby Yus sebelum ini disahkan doktor menghidap penyak1t buah pinggang hampir 2 tahun lalu, malah keadaan penyak1t lamanya iaitu jantung juga semakin lemah.
Meskipun pernah terlantar sak1t akibat penyak1t kron1knya, namun Ebby Yus mengatakan bahawa semangatnya untuk dalam industri seni masih membara.
” Saya cuma tahu buat kerja ini sahaja (lakonan), tiada sumber pendapatan lain. Semangat untuk kerja tidak pernah putus. Cuma kemampuan membataskan” luah Ebby Yus
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply