Dakwa cuma disengat lebah, keluarga berang mangsa temui aj4l di isolasi covid19

Suasana tegang tercetus di antara keluarga pesakit dan anggota perubatan di sebuah hospital di wilayah Wajo, Sulawesi Selatan apabila lelaki m4lang itu m4ut di ruang isolasi covid 19.

Dikatakan keluarga mangsa tidak dapat menerima prosedur hospital yang merawat mangsa kerana menempatkan pemuda itu di ruang isolasi khusus untuk pesakit covid 19 sedangkan menurut mereka mangsa cuma disengat lebah sebelum menemui aj4l.

Bagaimanapun, pihak hospital mempertahankan tindakan mereka itu selepas mendapat informasi bahawa mangsa mempunyai sejarah perjalanan ke wilayah yang mempunyai kes kronavirus.

Suasana sayu menyelebungi keluarga mangsa saat jen4zah AR terbaring di ruang isolasi Covid-19 di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Lamaddukelleng Sengkang di wilayah itu pukul 4 petang Isnin.

“Cuma disengat lebah, kenapa harus diisolasi kerana koronavirus,” kata Ahmad Risaldi, 19, adik kepada AR.

Kata Risaldi, abangnya yang berusia 37 tahun itu bekerja sebagai pemandu dan pada Sabtu lalu, dia  disengat lebah pada bahagian keningnya hingga menyebabkan mukanya membengkak.

Bagaimanapun, selepas dua hari, keadaan bengkak itu tidak menunjukkan sebarang tanda untuk pulih lalu AR segera dibawa ke hospital untuk tindakan susulan.

Keluarga AR ternyata tidak dapat menerima situasi itu apabila bertindak mengamvk di hadapan petugas perubatan.

Jen4zah kemudiannya telah dipindahkan ke rumah m4yat di Jalan Kelapa daerah Tempe untuk dikebvmikan.

Tambah pihak hospital lagi, lelaki itu ditempatkan di ruang isolasi kor0navirus kerana dia dalam keadaan demam ketika dibawa ke hospital.

“Ketika tiba di sini, pesakit dalam keadaan demam dan dia mengaku pernah melakukan perjalanan ke Kota Makassar.

“Jadi, mengikut SOP dia perlu menjalani rawatan seperti pesakit Covid-19,” kata Pengarah RSUD berkenaan, Dr Andi Ela Hafid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*