Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew mengingatkan pelawak tersohor Shuib yang terpalit kontr0versi baru-baru ini yang Allah sentiasa menyayangi hamba-Nya.
Ustaz Ebit berkata demikian pada pada ruangan IG Story ,Isnin lalu.
Menerusi posting tersebut ,Ustaz Ebit juga mengucapkan terima kasih kepada Shuib kerana menyokongnya dengan memuat naik posting mengenai kerja amal yang dilakukan.
“Terima kasih Shuib. Allah sayang Shuib dan keluarga. Allah tambah rezeki dan kebaikan mencurah-curah.
“Terima kasih atas sumbangan,” katanya.

Ustaz Ebit aktif menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di kala virvs COVID-19 sedang melanda negara ini.
Terdahulu Shuib, menerusi postingnya mengajak orang ramai menyokong usaha Ebit yang terus menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Shuib turut menyertakan nama Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi oleh Ustaz Ebit bagi tujuan amal itu.
Pelawak dan penyampai radio itu turut menyeru orang ramai yang ingin memberikan sumbangan untuk menyalurkannya ke akaun CIMB 8603546376.
Sumber:Gempak
Leave a Reply