Demam 3 hari, PU Riz positif Covid-19

Setelah 3 hari mengalami demam panas, pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz disahkan positif wabak Covid-19.

PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini.

“Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.

“Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.

“Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut PU Riz, dia akan menaiki ambulans yang disediakan oleh pihak PPUM dan seterusnya ditempatkan di sana untuk rawatan lanjut.

PU Riz yang juga pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan berkongsi, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia hanya duduk di rumah.

“Sepanjang PKP, kalau keluar rumah pun pergi barang keperluan saja.

“Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Seri Petaling. Saya juga kerap solat di situ sebelum masjid itu ditutup akibat wabak ini,” katanya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*