Bakar sampah guna petrol, Ali XPDC melecvr disambar api

Baru-baru ini, Ali ,vokalis kumpulan XPDC mengalami kecederaan teruk pada bahagian tubuh akibat disambar api ketika membakar sampah.

Namun Ali menganggap kejadian itu merupakan ujian dan takdir daripada Allah.

Ali atau nama sebenar Mohd Ali Ismail, 52, berkata dia reda dengan apa yang berlaku dan kemalangan itu menjadi asbab untuk dia berehat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Saya ni memang tak boleh duduk diam… ingatkan sepanjang PKP ini nak mengemas sekitar kawasan rumah tapi nampaknya kena berehat sepenuhnya.

“Biasalah tinggal di rumah kawasan kampung, kerja memang banyak tapi dah takdir jadi begini pula, tak apalah Allah bagi rehat dulu.

“Sekarang duduk berkurung dalam rumah sajalah, cuma dua hari sekali saya akan ke klinik berdekatan untuk cuci luka,” katanya kepada mStar.

Ali melecvr 30 peratus di bahagian tangan kanan, muka dan pergelangan kaki kerana disambar api ketika membakar sampah di kediamannya di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor pada 23 Mac lalu.

Akibat itu dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan di wad selama sehari.

Sementara itu, Ali menafikan dakwaan kononnya hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman menjadi punca api menyambar anggota tubuhnya.

“Ia bukan sebab sanitizer, tak ada kaitan langsung. Puncanya saya bakar sampah guna petrol, tiba-tiba berlaku letvpan dan api menyambar anggota badan.

“Sampai sekarang masih rasa lagi s4kit dan pedih… InsyaAllah kalau ikut rawatan dalam masa dua minggu lagi doktor kata boleh pulih,” ujarnya.

 

Penderitaan Ali mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Dr Daroyah Alwi yang hadir menyerahkan bantuan.

 

Ali juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan menghulurkan sumbangan buat dirinya.

Sumbangan tersebut akan digunakan untuk membayar kos rawatan.

“Alhamdulillah, ada kawan-kawan yang bantu. Wang sumbangan itu boleh digunakan untuk bayar kos rawatan di klinik, sekali pergi cuci luka kena bayar lebih RM100!

“Kalau nak pergi hospital agak jauh dan memandangkan sekarang ini tengah tempoh PKP adalah lebih baik kita kurangkan risik0 dan terpaksalah pergi klinik swasta yang paling hampir dengan rumah.

Ali juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan dirinya agar kembali sembuh seperti sedia kala.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*