Haziq Husni Perkenal Wajah & Nama Anak Ketiga

Penyampai radio, Haziq Husni memperkenalkan cahaya mata  ketiganya selepas enam hari dilahirkan.

Haziq yang menimang anak perempuan pada 25 Mei lalu itu berkongsi wajah dan nama puterinya iaitu Charissa Azzahra.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hussni)


“Masha-Allah Tabarak-Allah. Assalamualaikum, nama saya Charissa Azzahra Binti Muhammad Haziq Irfan.

“Semoga awak membesar menjadi anak yang sihat, berjaya dan solehah,” tulis Haziq.

Perkongsian itu dimuat naik di akaun Instagram milik Haziq dengan dua keping gambar mendedahkan wajah si comel.

Terdahulu anak ketiga mereka ini selamat dilahirkan pada 25 May 2022, pukul 9.52 pagi dengan berat 3.05 kilogram.

Untuk rekod, pasangan Haziq dan isteri, Ayunda Putri Mekarsari mendirikan rumah tangga pada Julai 2016. Hasil perkongsian mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Heidy Nufael dan Chayea Aulia.

 

Sumber :  Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*