Punca wanita kelihatan lebih TUA dan HODOH setiap Rabu jam 3.30 petang menurut satu kajian pakar kulit

Alamak!

Seorang pakar kulit dari St. Tropez, Nichola Joss pada tahun 2013 telah mendapati bahawa wanita akan kelihatan lebih tua dan hodoh pada setiap hari Rabu jam 3.30 petang.

Kajian yang dijalankan oleh Syarikat St Tropez ini, menyatakan bahawa dua pertiga daripada wanita mengalami situasi kurang bertenaga pada waktu tengahari setiap Rabu.

Ini berikutan kesan kemuncak daripada tek4nan kerja dan kesan daripada berj4ga sehingga lewat malam pada hujung minggu.

Memetik dari sumber The telegraph Nicola Joss:

“Penemuan ini satu perkara yang menarik kerana pada hari Rabu jam 3.30 petang adalah masa untuk para wanita meihat diri mereka lebih tua daripada biasa. Te3kanan kerja yang memuncak di waktu tengahari pada hari Rabu yang menyebabkan wanita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar mereka.”

Hasil kajian ini juga mendapati seorang dari sepuluh wanita menyatakan bahawa hari Rabu merupakan hari yang paling tertekan bagi mereka dalam masa seminggu.

Walaubagaimanapun kebanyakkan wanita mengakui bahawa hari khamis merupakan hari yang paling cenderung bagi mereka untuk melakukan hubungan intim.

Nichola Joss menjelaskan bahawa hubungan intim memberi banyak kelebihan kepada wanita dan ia merupakan antara aktiviti yang dipercayai boleh membuatkan wanita sentiasa kelihatan muda.(untuk yang halal saja,please!)

Kajian Nichola Joss juga menunjukkan
gabungan aktiviti di bawah merupakan pvnca kepada berlakunya wanita kelihatan hodoh dan tua pada hari Rabu.

1. Tabiat Minum Minuman Keras
46 peratus daripada wanita gemar berparti dan minum minuman keras sehigga mabuk pada hujung minggu.

Ativiti yang tidak sihat pada hujung minggu itu mengambil masa beberapa hari untuk menunjukkan kesannya.
Badan memerlukan masa sehingga 72 jam untuk memproses kandungan gula dan t0ksin dalam minuman keras sekaligus proses ini memberi tekanan kepada badan. Hasilnya hari Rabu merupakan hari kesan itu berlaku.

2. Tidur Yang Tidak Berkualiti
Kajian ini juga mendapati Isnin malam ialah hari dimana kebanyakkan wanita mengalami tidur malam yang tervuk. Tidur yang tidak cukup memberi kesan yang buruk kepada kulit kerana ia mengambil masa sehingga 48 jam untuk memberi kesan kepada kulit muka.

“Penting bagi seorang wanita untuk mendapatkan tidur yang cukup iaitu selama 7-8 jam setiap malam, ini kerana tidur yang tidak mencukupi menyebabkan kulit wanita akan kelihatan lebih tua. Tidur yang kurang menyebabkan kulit tidak boleh bernafas dan tidur yang lebih menyebabkan muka kelihatan sembab atau bengkak”


3. Tidak Mencuci Muka

Kajian Nichola Joss turut mende3dahkan seorang daripada sepuluh wanita meninggalkan rejim penjagaan kulit muka mereka pada hari Rabu.

Nichola Joss juga menasihati para wanita diluar sana mencuci wajah mereka setiap hari walaupun tidak mengenakan solekan pada wajah mereka. Jika para wanita tidak mencuci setiap hari wajah mereka, liang kulit muka mereka akan tersumbat dan menjadikan kulit muka kusam dan kering. Kesannya mereka akan kelihatan lebih tua.

 

Daripada kajian ini juga mendapati hari Jumaat merupakan hari terbaik bagi wanita, dimana 60 peratus yang terlibat dalam kajian ini menyatakan bahawa hari Jumaat merupakan hari yang paling bahagia bagi mereka.

Kajian ini telah dijalankan dalam satu tinjauan yang melibatkan beberapa orang wanita British pada tahun 2013. Nichola Joss merupakan salah seorang Pakar Terapi Kulit yang terbaik dan terkenal di seantero dunia. Scarlett Johansson, Hilary Swank, Gisele Bundchen dan Gwyneth Paltrow merupakan individu yang menggunakan khidmat beliau.

Awas wanita sekalian, rahsia hidup tidak sihat anda telah terb0ngkar. Jadi jagalah kesihatan anda dengan sebaik-baiknya supaya anda sentiasa cergas dan awet muda.

 

 

 

Sumber: Daily Rakyat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*