Dr Wan Azizah keluar naik Perodua Myvi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilihat meninggalkan kediaman persendiriannya di Kuala Lumpur, 8.15 malam tadi.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu yang memakai baju kurung dan bertudung putih, hanya menaiki kereta Perodua Myvi ketika menyusuri keluar dari perkarangan rumahnya.

‘Helah’ itu secara tidak langsung menyebabkan kira-kira 50 wakil media dan jurukamera yang berada di laluan keluar rumahnya gagal mengenal pasti Dr Wan Azizah dalam kenderaan terbabit.

Meskipun cuba mendapatkan butiran lanjut, media yang mula berkampung di situ sejak 5 petang tidak dimaklumkan mengenai lokasi ingin dituju kenderaan dinaiki Dr Wan Azizah.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim difahamkan masih berada di dalam kediamannya, selepas selesai menunaikan solat maghrib secara berjemaah pada 7.30 malam tadi.

Terdahulu, majis doa selamat dan solat sunat hajat diadakan di kediaman persendirian Anwar, dengan dihadiri kira-kira 300 hadirin, merangkumi pemimpin politik serta penduduk setempat.

130 kerusi memihak Tun M

SUDAH ada 130 kerusi. Itu jumlah kerusi diperoleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membolehkan pensejajaran semula kerajaan dalam masa terdekat.

Sumber memberitahu, jumlah itu sudah dicapai melalui persetujuan persetujuan kolektif lima parti membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, serpihan PKR, PAS dan Amanah.

Katanya, kehadiran beramai-ramai ke Hotel Sheraton Petaling Jaya, pada malam ini bagi menunjukkan bahawa kesepakatan sudah dicapai dan ia bukan lagi cakap kosong mana-mana pihak.

“Ia akan membabitkan perubahan di beberapa negeri iaitu Kedah dan Perak. Apapun ini adalah sejarah negara dan simbol penyatuan di negara ini.

“Ini adalah penyatuan keluarga besar umat Islam dan kita harap ia akan menjadi manfaat kepada rakyat,” katanya.

 

sumber metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*