Ini Respond Iman Muda Hassan Memuji Abam Bocey

PENCERAMAH bebas yang dikenali Imam Muda Hassan menyifatkan kematian Allahyarham Abam Bocey, 32, dalam ‘khusnul khatimah’.

Hassan atau nama sebenar Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza berkata menerusi hadis Nabi Muhammad SAW ada mengatakan antara tanda kem4tian yang baik itu, apabila ramai orang datang menziarah dan berdoa.

“Apa amalan yang arwah Abam sudah lakukan sepanjang kehidupannya, ia di luar pengetahuan kita dan hanya Allah yang tahu.

“Cuma, apa yang boleh dikata ialah arwah cukup dikenali kerana sikapnya yang sangat penyayang dan tidak ada masalah dengan orang lain.

“Melalui sikap itu sudah menggambarkan betapa arrwah Abam mempunyai hati yang sangat baik,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut juara Imam Muda musim kedua ini, pengakhiran hidup seseorang manusia itu adalah cerminan kepada amalan dilakukannya.

“Seperti Abam, masyarakat sangat kenal arwwah sebagai pelawak. Tetapi, sepanjang kehidupannya arwah adalah anak yang taat.

“Sikap arrwah yang memuliakan ibunya dan berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai anak sehingga akhir hayat adalah pengajaran buat kita semua. Nabi Muhammad SAW pernah sebut dalam hadisnya ‘syurga di bawah tapak kaki ibu’.

“Alhamdulillah, arrwah Abam menunjukkan memang dia bersungguh mencari ‘syurganya’ dengan menjaga dan pelihara hubungan baik bersama ibu,” katanya.

Jelas Hassan, layanan baik Abam pada ibunya ketika hidup sudah boleh dijadikan kayu ukur pada apa diperolehnya di akhir hayat.

Mengulas juga mengenai ‘kemaatian yang dicemburui’ Hassan berkata antara tandanya ialah urusan maati itu dipermudahkan Allah, berlaku dengan cepat dan orang cukup terkesan di atas kehilangan berkenaan.

“Apapun, sebagai sesama manusia kita tidak boleh menilai seseorang ketika waktu hidupnya kerana kita tidak tahu kebaikan apa pernah dilakukan.

“Menariknya lagi mengenai keperibadian arrwah Abam, saya pernah terbaca dia minta isterinya berhenti kerja untuk menjaga anak dan keluarga.

“Malah, arwwah sanggup pula membayar gaji untuk isterinya. Itu juga jelas menunjukkan arwah seorang yang bertanggungjawab,” katanya.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan dilaporkan meninggal duniia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7.15 pagi semalam.

Lebih 2,000 orang terdiri daripada keluarga, sanak saudara, kenalan, rakan artis, pendakwah dan penceramah bebas temasuk peminat hadir menziarah jenazah Abam yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah serta seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kini berusia lapan bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*