Ini Sebab Kenapa Janna Nick Viral Lelaki Status Suami Mesej Beliau Di Instagram. Sangat Mengejutkan Selepas Kantoi Tersebut

Aktres Janna Nick mendedahkan telah menerima kiriman mesej daripada seorang lelaki yang berstatus suami orang di Instagram (IG) miliknya.

Menerusi mesej yang dihantar, individu terbabit meluahkan perasaan untuk menjadikan Janna sebagai isteri kepadanya.

“Dah lama saya impikan nak genggam jari jemari awak yang gempal tu, lalu saya akan bawa awak menuju ke cahaya kebahagiaan insya-Allah.

“Tapi kan kalau awak nak kahwin dengan saya ada syaratnya. Salah satunya awak tak boleh bercakap dengan mana-mana lelaki selain saya, dini sekalipun!

“Syarat yang lain tu saya akan bagitau lepas kita kahwin. Faham?” tulisnya.

Walau bagaimanapun, selepas perkongsian ini dibuat di Instagram Stories, lelaki tersebut merayu supaya ‘screenshot’ ini dipadam.

“Adoi awak ni. Taknak la kawan awak dah.

“Padam la bini saya tahu mati saya nanti. Tolong la padam Janna. Saya merayu kat awak,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama Syurga Nur menyatakan tindakannya berkongsi adalah sebagai peringatan untuk golongan yang dah berkahwin.

“Saya bukan nak mengaibkan lelaki itu. Sebagai peringatan untuk yang dah berumah tangga, jagalah hati seorang isteri.

“Penat dia lahirkan anak, jaga makan minum tapi yang suami menggatal dengan perempuan lain. Tolong hargai isteri masing-masing,” kata Janna menerusi rakaman video.

Janna kini sedang hangat menjalinkan hubungan percintaan bersama pelakon baru berdarah kacukan Dini Azan Schatzmann.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*